//bnjour je t'aime!
Follow Dashboard
The best thing happen in my life.
Ahad, 21 Januari 2018 | 0Superstar (s)!

The best thing happen in my life. 

01/12 tarikh yang sangat bermakna, selepas 4 tahun aku tunggu, akhir Tuhan makbulkan permintaan aku. 2013 aku tulis dalam bucket list untuk pergi umrah bila dapat keputusan yang cemerlang waktu PMR then after 4 years Allah makbulkan dan jemput aku ke sana. 

perasaan aku waktu nak pergi Umrah aku confuse, aku ready ke tidak untuk satu perubahan yang besar dalam diri? aku dah bersedia untuk berhijrah? bagi aku pergi melawat tanah haram adalah satu titik perubahan dalam diri walaupun tak berubah mana sangat pun. tp aku masih berusaha ke arah yang lebih baik.

dulu aku berpikiran faminism which is aku rasa, perempuan dan lelaki tu sama je, aku sentiasa mempersoalkan "kenapa perempuan tak layak jadi ketua?" bla bla bla, aku keep persoalkan soalan ni dekat semua orang, walau mereka jawab soalan aku tapi aku still rasa aku tak boleh terima jawapan tu, I need something more. Then bila aku pergi umrah aku rasa Allah jawab persoalan aku, bila mana aku pergi hiking ke gua hira' waktu malam, aku terpisah dengan parents aku kat tengah jalan waktu nak turun, so aku turun sorang diri dulu. aku tak ada lah fikir bukan-bukan, suddenly tengah jalan tu, ada orang tahan aku minta sedekah n dia pegang lengan aku dan cakap benda yang tak bagus, so aku tak tahu nak buat apa, serious aku cakap aku panic, yang aku mampu cuma jerit je lah. nasib baik ada lelaki kat depan aku which is malaysian people. so mereka yang tolong aku n guide aku sepanjang perjalanan balik ke bawah, im so bless and grateful for that. so sekarang persoalan aku dah terjawab, waktu tu aku baru rasa Tuhan jentik hati aku dengan mengaku diri aku memang perlukan perlindung bukan berseorangan. 

perasaan aku jejak kaki ke tanah haram tu sangat lain, rasa rindu pada Rasul Allah, Nabi Allah, kekasih Allah tak mampu aku luahkan. bergenang air mata tanda syukur. satu yang aku hajati agar nyawa aku di ambil di sana. waktu tu tiada duniawi yang kau pikirkan, sumpah aku cakap aku tahu kenapa orang yang pergi sana berlumba-lumba nak nyawa mereka di cabut di tanah haram. 

aku jatuh cinta pada tanah haram, pada suasana di sana, semua rasa indah. tak terkata rasa syukur. segala nya berubah apa yang aku pikirkan, pandangan semua berubah. aku rasa aku jatuh cinta pada agama Allah. jujur indah belaka, tiada kata mampu aku ucap.

Hijrah itu mudah tapi untuk istiqomah dalam hijrah itu perlu pengorbanan, sampai sekarang jujur aku katakan aku masih lagi merangkak mencari sesuatu yang tak jumpa. 





Older Post
Holla~


"wherever you go, go with your heart"confucius
#1601


Diary AN


je t'aime

#MUSLIM #TRAVELLER #FOODLOVER